Monday, October 29, 2007

Aidilfitri 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. :) tahun ni raya meriah dr tahun sebelumnya. Sume adik beradik beraya sesama..dua hari sblm raya dah berkumpul..so dapatlah berbuka beramai2 buat pertama kali bersama2 dgn adik ipar. Sampai tak cukup tmpt nak mkn sekali tp meriahla..yg kecik tu anak kak ani nak jugak duduk sekali buka puasa mcm makcik2 n pakcik2 diaorg.. Muhamad ngan dek jah yg dah duduk dulu tunggu waktu berbuka. Seronoknya tgk keletah diaorg..Pg raya lepas bergambar n bersalam-salaman dan bermaaf-maafan..sambil bg duit raya pd adik2 n anak buah..pastu saat yg menyedihkan sbb masing2 menitiskan airmata masa tu..tak nangis sebenarnya..tp bila tgk kak ani dah start nangis..siti pun tak tahan..dah sume pun nangis gak..hehe..

Lepas bersalam-salaman..bergambar satu keluarga..ni peluang sbb sume beraya bersama...apa lg pakai timer la..he..pastu kami semua bertolak ke Seri Gading dan Kg Baru Batu Pahat utk beraya ngan nenek dan sedara2 kat sana.

Raya kedua kami sume plan utk pegi berkelah..maklumla lama tak bercuti bersama2..tp mail dan isteri tak dapat ikut skali sbb turn rumah isteri dia pulak raya kedua tu..kami sume sewa chalet dan buat barbeque mlm tu..

Hmm..sekejap je raya dah nak abis kan..cam tak puas je cuti..raya ke4 dah balik ke Shah Alam..esok nye dah keje..huhu...apa nak buat mkn gaji..kalau keje sendiri bolehla cuti lelama ek..bila la tu.. :)..coming soon maybe.. he

Monday, October 8, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Sempena bulan yang mulia ni siti nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua kawan2. Selama kita berkawan ni jika ada salah dan silap siti yang korang sume tak boleh terima harap ampun kan..halalkan makan minum siti...jika siti ada hutang ke bgtau la..mungkin siti terlupa ke..siti pun tak tau..

maafla takde kad raya utk kwn2 sume..sbb nye dah 3-4 tahun tak tulis kad raya..skrg zaman IT dah makin canggih sume pun online je email or sms je..beli kad tahun lepas pun tak bertulis..nampak gayanya tahun ni tak berhantar lg kad raya tu..hehe..tak sempatla nak duk menulis..takde masa langsung..tp terimala kad raya dr siti ni..ni je siti dpt cr..