Friday, December 22, 2006

Last day

Sedih je rasa nak tinggalkan Lotus West. Yelah, dah 2 tahun lebih keje kat sini. Semua pun dah mcm keluarga sendiri. 26/12/06 will be my last day...singgah je lah sekejap...sebab ada hal lain lagi nak selesaikan. Lepas tu dah nak balik JB sebelum start keje kat tempat baru 3hb Jan 07. Macam mana agaknye keje kat tmpt baru ni nnt. Sama ke mcm kat sini? Mungkin tidak..kat sini semua nye fleksibel..tapi cuba jelah..rezeki dah ada yg selebihnye kena usaha. Anyway i will be miss you all girlz...siti akan doakan utk yg lain semoga dapat keje gak kat tmpt lain...wish you all the best and good luck...

Tuesday, December 19, 2006

I've got a new job

Of course i am the happier person yesterday. Senyum tak berhenti je sepanjang jln..at last dapat jugak keje lain. On the way nak g interview ingat pesan mak..zikir dlm hati nama allah.. ya hayum ya qayum..sampailah ke pj..nervous tak leh ckp la..practise semua jawapan yg mungkin ditanya tp satu pun ditanya. Sblm masuk interview call mak..lepas interview pun call mak gak. Orang kata doa ibu bapa tu insyaallah termakbul...alhamdulillah i got the job.

Tak sempat sampai rumah diaorg dah call bg confirmation dan suruh amik surat utk buat medical checkup.Ptg tu gak amik..n settlekan..sampai sesat lah nak cr jln ke klinik tu..padahal dah masuk jln tu rupanya..sampai klinik parking kosong lak betul2 dpn klinik..alhamdullillah tak yah jln jauh2. Dan kebetulan sampai org yg nak amik X-ray dah nak balik..lmbt 5 minit je..kalau tak mmg org tu balik..so everything done and on friday can take the report..and send to the company on tuesday untuk amik offer letter.

So on new year, i got new job and new house. Lucky 2007...Utk kak fiza, kak lin,kak siti, nurul and aien ..keep searching,good luck and all the best to you all...insyaallah ada rezeki utk you all semua...doa banyak2..sembahyang hajat banyak2..insyallah dpt... good luck :)

Wednesday, December 6, 2006

CINTA

Best cerita cinta ni..ada suka, duka, lawak skit pun ada, sedih...mesti menangis nye..very touching kalau tgk cite ni..

sebab-sebab you all akak suka tgk filem ni... yg mana satu cinta anda.. :)
1. Panahan Cinta terus ke hati.
2. Cinta memaparkan cerita tentang manusia bertemu cintanya.
3. Cinta menuntut pengorbanan dan perpisahan adalah salah satu daripadanya.
4. Cinta perlu berani untuk diluahkan dan bukan sekadar dizahirkan.
5. Cinta tidak sekadar untuk orang muda, orang tua juga perlu memiliki cinta.
6. Cinta bukan pada suami orang.
7. Perpisahan kerana cinta bakal mengundang derita untuk anak.
8. Rahim Razali “hero tua” yang masih menyengat. Siapa kata "hero tua" tiada tempat di Malaysia ?
9. Fatimah Abu Bakar pelengkap watak Rahim Razali (Cikgu Elyas). Sekadar lambaian kecil sudah cukup imejnya untuk terus terakam di minda.
10. Eizlan Yusof boleh berlakon rupanya. Selama hari ini Eizlan digambarkan sebagai pelakon kayu tetapi berbeza dalam Cinta.
11. Gandingan Rita Rudaini dan Rashidi Ishak benar-benar menyentuh perasaan. Cerita Cinta paling berkesan.
12. Pelakon kanak-kanak yang berlakon sebagai anak pasangan ini menyentap hati dan dengan deras air mata mengalir membasahi pipi.
13. Adegan "I’m sorry, I’m sorry, I’m sorry" oleh Rita Rudaini menyerlahkan keterampilan lakonannya.
14. Eizlan sebagai Azlan agak meyakinkan memandangkan lakonan Eizlan sebelum ini tidaklah begitu memberangsangkan.
15. Fasha Sandha sebagai Azura tidak begitu melengkapkan dalam cerita mereka. Emosi kasihan padanya tidak begitu sampai.
16. Lakonan Pierre Andre benar-benar ada karisma. Dalam dirinya ada diri Taufiq. Pemalu tetapi mahu.
17. Sharifah Amani tenggelam di sebalik bintang ibunya, Fatimah Abu Bakar. Kata-kata lucu di sebalik lakonan Amani, oleh kerana most of the time in this film dia bercakap Bahasa Melayu, so she sound and look so stupid. :)
18. Mungkin Amani harus berani menukar imejnya. Beliau sudah begitu sinonim dengan imej rambut panjangnya. Mana tahu, rambut pendek lakonannya boleh nampak berbeza.
19. Que Haidar merupakan bintang remaja yang perlu diberikan perhatian. Lakonannya sebagai pelukis jalanan, adik kepada Dyan (Nanu) begitu berkesan dan dibantu dengan baik oleh Sofi Jikan, pemuzik jalanan.
20. Dyan bercinta dengan suami orang dan mendapat tentangan adiknya. Emosi dalam lakonannya disampaikan dengan begitu baik. Nanu semacam membawa wataknya sendiri ke dalam filem ini.
21. Ngasrizal Ngasri sebagai cucu Cikgu Elyas menambahkan perisa pada cerita cinta warga emas. Sofi Jikan menjadi penawar duka untuk cerita cinta adik-beradik. Vanidah Imran pula membawa sinar kebahagiaan untuk Rashidi Ishak.
22. Watak paling jahat dalam filem ini digambarkan dengan pelakon yang paling kayu. Kekasih kepada Amani (Khalif) betapa tidak pentingnya digambarkan dalam filem ini. Macam dalam teater asal Lantai T.Pinkie, Gunjoloh penculik Pinkie diangkat tanpa mempunyai apa-apa dialog.
23. Sepuluh (10) bintang dalam satu filem. Malaysia ada bank pelakon yang mantap dan perlu diasah untuk menjadi pelakon yang serba-boleh. Yang kurang ialah pengarah yang berkaliber untuk duduk di kerusi Pengarah. Pelakon paling hebat dalam Cinta : Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Rashidi Ishak.
24. Setiap cerita ada keunikan masing-masing dan berdiri teguh di atas paksi ceritanya. Pilihan cerita ikut turutan saya ialah Rahim/Fatimah, Rashidi/Rita, Nanu/Que, Pierre/Amani dan Eizlan/Fasha.
25. Elemen kebetulan dalam Cinta tidak dibuat-buat dan boleh diterima akal. Tidak seperti elemen kebetulan dalam filem Hindustan atau sesetengah drama Melayu.
26. Imej urban kota metropolitan Kuala Lumpur digambarkan dengan cukup baik.
27. Kuala Lumpur ada sisi gelap dan ada sisi indah. Setiap cerita dalam Cinta ada keindahan dan kegelapan masing-masing.
28. Sinematografi untuk adegan Rashidi Ishak membawa lakaran banglo barunya yang luntur dibasahi hujan melengkapkan adegan tersebut.
29. Adegan di hospital di antara Dyan dan Dhani juga menyentuh perasaan.
30. Dialog-dialog satu baris yang lucu. Kata Rahim Razali kepada Rubiah, “Paku ini dah tak boleh guna lagi.”
31. Kenangan Dyan digambarkan semula dengan pertukaran babak yang cukup berkesan.
32. Sinematografi digambarkan sedikit gelap pada beberapa adegan. Jika ditafsir semula, adegan-adegan tersebut melibatkan kekosongan hidup Rashidi Ishak dan Nanu Baharuddin pada adegan yang berlainan.
33. Adegan di dalam KL Express ke KLIA begitu keterlaluan. Keterlaluan yang melampau dalam sesebuah filem.
34. Lima cerita dalam Cinta diadun dan digarap menjadi satu cerita Cinta yang berkesan. Cinta tidak bergelora dengan suntingan yang caca-marba. Cinta melunsur dengan lancar menjadi satu cerita Cinta.
35. KL Sentral menjadi titik pertemuan antara Cinta Eizlan/Fasha dan Pierre/Amani, titik perpisahan untuk Rita/Rashidi.
36. Kubur dan kedai merupakan pengakhir cinta untuk Nanu/Que dan Rahim/Fatimah.
37. Banglo Harris yang masih dalam pembinaan terbengkalai kerana cintanya terputus di tengah jalan. Terbengkalai kerana Cinta.
38. Adegan paling cantik bagi saya ialah adegan sewaktu Harris kecewa ditinggalkan oleh Airin. Harris berdiri keseorangan memandang ke atas. Hujan turun. Pandangan dari sisi Harris mendongak sambil hujan membasahi mukanya begitu cantik. Selepas itu, lakaran banglo barunya luntur.
39. Setiap shot dalam Cinta ada makna yang tersendiri. Sampah yang jatuh dari atas. Siling yang jatuh dari atas. Banglo yang terbengkalai. Paku yang tidak boleh guna.
40. Adegan imbas kembali saat-saat manis Harris dan Airin dibuat terlampau manis. Imej di bawah selimut begitu manis dan mampu membuatkan bibir tersenyum.
41. Kerja kamera yang dilakukan oleh Madnor Kassim amat baik. Shot yang diambil bersesuaian dan penuh makna.
42. Lagu baru bertajuk Perpisahan oleh Anuar Zain pasti meletup selepas Cinta.
43. Pada permulaan, saya tidak menggemari muzik yang digunakan dalam Cinta. Lama-kelamaan, emosi itu dibangunkan dan kemudian muzik latar Cinta merupakan muzik-muzik yang popular yang mampu menangkap pendengaran dan terus ke hati. Muzik filem Cinta dibuat oleh Pacai.
44. Poster filem ini sahaja sudah membuatkan saya mahu menonton filem ini. Begitu juga dengan laman webnya. Laman webnya terlalu sarat dengan senarai anugerah-anugerah yang pernah diperolehi oleh 10 bintangnya.
45. Cinta memaparkan imej urban yang tidak meminggirkan imej kampung.
46. Cinta bukan Salon. Dunia mereka berbeza. Saya sendiri kecewa dengan Salon, tetapi bangga dengan Cinta. Selepas menonton Salon, saya lari dari Dhojee. Keluar ikut pintu lain.
47. Cintanya saya rasa. Dari hujung kaki ke hujung rambut. Tubuh saya menggeletar kerana Cinta.
48. Mahu kelainan cinta, inilah filemnya.
49. Tanpa perlu berfikir panjang, Cinta berjaya memanah hati saya.

Ni sblm siti ngan house mate masuk panggung..kitaorg amik midnite movie..muka semua dah mengantuk tp nak tgk gak cite cinta...CINTA punya pasal...

Sunday, November 26, 2006

Jln2 ke Zoo Negara

Sempena cuti sekolah, adik siti Iwan ngan Hadi dtg kl ikut kak ani..So semalam diaorg ajak g zoo negara..bawa skali Qatadah ngan Khadijah...seronok nyer diaorg terutama khadijah..semua binatang dia tegur...apa ntah agaknya dia ckp..tp tak dapat nak round habis sbb hujan mula turun..mula2 renyai..lama2 lebat...dahlah tak bawa payung,terpaksa beli..sbb kalau nak tunggu hujan reda mmg lmbt la...akhir balik tanpa sempat pusing tgk semua binatang kat sana...










Friday, November 24, 2006

Jalan2 ngan sha

Ni my friend sha..she is my regular customer..selalu hantar baju utk ditempah..terima kasih sgt kat dia sbb bg peluang dan percaya pada siti.. time ni kitaorg kat teppanyaki,sg wang tgh tunggu order.. lapar nye masa tu sbb baru abis shopping..siti? siti tak shopping cuma follow je window shopping...mana ada duit, baru je lepas raya..habis dah belanja utk raya hari tu..

Open House 2006

Open House 2006, terima kasih kepada yg sudi dtg open house siti dan housemate pd 19hb November hari tu..macam-macam makanan ada..ada nasi ayam,soto,lontong, desert- kek,puding, agar2 dan banyak lagi..rugi sesapa yg tak dtg..semua kitaorg masak sendiri tau..open house tahun ni siti share ngan housemate yg lain..ngan su,emy,tain dan midah..dr hari jumaat dah bergotong-royong siapkan itu ini dan bahagi2 keje...bila tiba masanya rasa mcm kitaorg nak buka opening kedai mkn pulak sbb makanan banyak sgt..desert yang paling sedap..kek coklat tain..pd yg dah rasa boleh order kalau nak..harga boleh dirunding...chewah buat promotion lak..seronok tgk kekwn dtg mkn..sekurang2 kekwn yg lama tak jumpa datang gak..even ada yg dtg saja tak mkn apa2 anyway tq so much.. pastu sebelah malam sempat lagi celebrate birthday siti ngan tain..belated birthday..sbb tak sempat nak celebrate on time sbb yg lain sibuk..ni jelah masanya..Ni gambar2 masa open house hari tu .. kalau nak nnt siti emailkan..

Thursday, November 16, 2006

Raya 2006

This year Hari Raya iam very happy because for the first time after about 9 years after school i met all my friend again... we all just redah rumah kekwn yg dah lama tak jumpa about 9 years. Maklumlah lepas habis sekolah semua buat haluan masing2 cuma yg kenal rapat je masih contact each other. Almost sume dah kahwin..cuma 2-3 org je yg ntah bila agaknya nak mkn nasi minyak. Anyway seronok, kalau tak..tak tau mana kwn2 ni pergi. Lagipun raya tahun ni tak g sgt rumah sedara sebab ayah dan mak tak cuti panjang maklumlah anak kesayangan tak balik raya. Kakak raya di ipoh ikut husband. Sbb turn dia tahun ni. Dan ayah pun mmg turn dia takleh cuti. So raya balik kg di Batu Pahat pun sekejap je..

Dan baru2 ni terjumpa kwn lama dalam friendster..dah kawin pun ngan pilot..alhamdullillah..seronok kalau dapat buat gathering..tapi susah kalau takde komitmen dr semua..anyway kalau ada kesempatan nak buat jugak...buat kekwn yg masih kenal sy just send me email if you free.

Ni raya ngan officemate..g raya rumah kak fiza, kak siti dan abg azlie. Kita org me, nurul and ain yg bujang2 nilah yg kena g rumah kakak2 and abg ni. Kiah tak follow tak sempat katanya...ni sume post kat rumah diaorg..setiap rumah kena bergambar..hehe..

Wednesday, November 15, 2006

Welcome to my blog

Hi everyone welcome to my blog, thank you for your support. Siti baru je nak blaja buat blog ni sbb kekwn kat office tgh sibuk buat. So siti try lah sbb nampak mcm best jer...so go girlz letak lg gambar banyak2 :)